Rangkuman 5 Berita Utama: 2 Mac
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (2 Mac 2017).
Ong Tee Keat keluar MCA
Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengesahkan beliau keluar dari MCA, lapor Malaysiakini.
Tee Keat pernah menjadi presiden MCA dan telah menjadi ahli parti itu selama lebih 30 tahun.
Warga Korea Utara perlu visa ke Malaysia bermula Isnin
Bermula Isnin hadapan, setiap warganegara Korea Utara yang mahu ke Malaysia diwajibkan memohon Visa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata keputusan dimuktamadkan beliau dan akan dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia
Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di Klinik Idham di Taman Melawati, Selangor sekitar 5.45 petang tadi.
Allahyarham berusia 82 tahun.
Gelandangan dijanjikan tiket pulang hampa, dakwa teraniaya
“Saya dah tunggu dua hari tapi tiada siapa pun yang datang.
“Saya tunggu sebab mereka sudah berjanji,” kata salah seorang gelandangan.
Korea Selatan-AS mula latihan tentera skala besar, sedia berdepan ancaman Korea Utara
Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan militari bersama pada hari ini untuk menguji kesediaaan pertahanan mereka berdepan sebarang ancaman Korea Utara, lapor AFP.
Latihan tersebut yang dinamakan Foal Eagle, diteruskan dalam ketegangan yang timbul berikutan Korea Utara menguji pelancaran peliru berpandu balistik pada 12 Februari lalu, selain ancaman tindak balas ketenteraan Pyongyang sebelum ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lBzywo✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment