Hi! Welcome Back and Stay Tune! KTMB Perlu Selesaikan Masalah Perkhidmatan ETS Dan Pembelian Tiket Dalam Talian – Perdana Menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KTMB Perlu Selesaikan Masalah Perkhidmatan ETS Dan Pembelian Tiket Dalam Talian – Perdana Menteri

Memberikan respon terhadap aduan orang ramai di laman Facebook miliknya yang rata-rata tidak puas hati dengan perkhidmatan ETS, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencari jalan penyelesaian segera berhubung aduan tersebut, lapor Bernama.

Perkara ini dinyatakan pada catatan terbaharu di laman Facebook rasmi beliau dan berkata, antara komen dan maklum balas pengguna adalah mengenai Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian.

“Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTM Berhad, salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online (dalam talian) yang sering kali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses,” kata Najib dan menambah “Ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini.”

Selain itu, Najib turut meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lB4Gw2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.