Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga Korea Utara Perlu Visa Ke Malaysia Bermula Isnin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga Korea Utara Perlu Visa Ke Malaysia Bermula Isnin

KUALA LUMPUR: Bermula Isnin hadapan, setiap warganegara Korea Utara yang mahu ke Malaysia diwajibkan memohon Visa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi

Ahmad Zahid berkata keputusan dimuktamadkan beliau dan akan dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menasihati Korea Utara dan negara lain amnya untuk menghormati kedaulatan Malaysia serta menghargai kerjasama yang sering diberikan selama ini.

“Ini kes berprofil tinggi dan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia tetapi apabila kita lihat diplomat-diplomat dari luar khususnya Korea Utara yang langsung tidak menghormati Malaysia dan memporak-perandakan negara ini, saya ingin bagi nasihat supaya mereka sedar mereka tidak boleh lakukan sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengenai status reman suspek warga Korea Utara, Ri Jong Chol, 47 tahun yang bakal berakhir esok (3 Mac), Zahid berkata pihaknya masih menunggu nasihat dari penasihat undang-undang negara sama ada suspek akan ditahan dibawah Akta Imigresen kerana melebihi tempoh lawatannya ke Malaysia.

Tambahnya perkara itu akan diumumkan lewat hari ini (Khamis).

Sementara itu, Zahid turut mengesahkan bahawa pegawai kanan Kerajaan Korea Utara yang tiba di Malaysia pada Selasa telah bertemu wakil Wisma Putra pada Rabu.

Namun hasil pertemuan tersebut masih belum diketahui.

Pegawai Kanan tersebut Ri Tong Il merupakan bekas duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 13 Februari seorang warganegara Korea Utara telah dibunuh menggunakan racun ajen saraf VX oleh dua wanita, masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Dua (KLIA2).

Mangsa dikenali sebagai Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un.

Pihak kedutaan Korea Utara sebelum Ini menuduh kerajaan Malaysia tidak memberi kerjasama dalam usaha mereka menuntut mayat mangsa dan membantu dalam siasatan.

Bagaimanapun kerajaan Malaysia mempertahankan bahawa proses menuntut mayat hanya boleh dilakukan keluarga dan ia penting bagi membantu siasatan.

Setakat ini masih tiada ahli keluarga mangsa yang tampil untuk memberi bantuan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYuoLM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.