Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sazali Lancar Program Realiti Turunkan Berat Badan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sazali Lancar Program Realiti Turunkan Berat Badan

SAZALI Samad ketika melancarkan program realiti menurunkan berat badan atau Sazali samad Fitness Challenge (SSFC) di Shah Alam. – Foto ihsan pembaca

SHAH ALAM: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang kini lebih fokus kepada program kesedaran kesihatan memperkenalkan program realiti Sazali Samad Fitness Challenge (SSFC) musim pertama yang dilancarkan secara rasmi, malam tadi.

Juara 10 kali Mr Universe itu yang kini mengendalikan Akademi Sazali Samad (SSA) berkata, SSFC adalah program khas untuk membantu peserta menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan dalam tempoh lapan minggu.

Peserta akan diberi panduan dan bantuan pakar kecergasan, pemakanan serta khidmat nasihat jurulatih berpengalaman.

Sazali yang merangkul gelaran Mr Asia sembilan kali terpanggil untuk mengadakan SSFC selepas menyedari ramai rakyat Malaysia kini berdepan masalah berat badan berlebihan atau obesiti kerana gaya hidup serta pemakanan kurang sihat.

Program ini terbuka kepada peserta lelaki atau wanita berusia atas 14 tahun dari seluruh negara dengan memberi penekanan khas terhadap pengurangan lemak berlebihan menerusi senaman dan gaya hidup sihat.

SSFC juga menyediakan modul latihan dan pemakanan yang membantu peserta mempraktikkan sendiri gaya hidup sihat dan senaman selepas berakkhir program.

“Juara akan ditentukan berdasarkan jumlah pengurangan peratusan lemak badan tertinggi dibuat setiap dalam tempoh empat minggu, sebelum keputusan diumumkan pada 1 April ini.

“Pemenang bakal menerima pelbagai hadiah termasuk wang tunai, hamper dan percutian bersama saya ke luar negara,” katanya pada sidang media sempena pelancaran program SSFC, di sini.

Majlis pelancaran SSFC disempurnakan Penaung SSA, Tengku Hishammuddin Zaizi Tengku AzmanShah Al-Haj di Cahaya SPK Club House, Shah Alam, Selangor.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web sazalisamadacademy.my atau emel ke sazalisamad.academy@gmail.com atau hubungi 012 214 6948 atau 016-729 3378 atau 010-982 9077 – berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Program julung kali itu dianjurkan dengan kerjasama Flostream Sdn Bhd, minuman tenaga AENO serta DRS Global Marketing & Trading Sdn. Bhd.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lBvlJ6

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.