Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Tempatkan Tentera Di Riyadh Tangani Daesh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Tempatkan Tentera Di Riyadh Tangani Daesh

Spread the love

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal menempatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC) di Riyadh, Arab Saudi untuk membantu Angkatan Tentera Arab Saudi (SAF) menangani ancaman kumpulan Daesh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penempatan anggota ATM itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang operasi ketenteraan sebaliknya membantu SAF memikirkan strategi terbaik bagi menangani ancaman kumpulan tersebut.

Beliau turut memaklumkan Arab Saudi memberi pertimbangan serius untuk menawarkan penjualan lebihan aset ketenteraan milik SAF kepada Malaysia, namun ia tidak menyasarkan keuntungan sebaliknya bertujuan membantu meningkatkan keupayaan ketenteraan ATM.

“Dalam hal ini, Malaysia memfokuskan kepada dua aspek iaitu jet pejuang untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan helikopter untuk Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

“Aset-aset ini bukan sahaja bersesuaian membantu melaksanakan penugasan dan operasi di peringkat serantau malah turut berupaya meningkatkan persefahaman untuk beroperasi secara bersama antara angkatan tentera Malaysia dan Arab Saudi.

“Pada masa sama, Malaysia juga akan mempertimbangkan perolehan aset-aset ketenteraan yang lain dari Arab Saudi sekiranya bersesuaian dan diperlukan oleh ATM pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hishammuddin berkata, Malaysia melalui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bersetuju menawarkan perkongsian kepakaran dan latihan bersama bagi meningkatkan keupayaan anggota Tentera Laut Diraja Saudi (RSNF) dalam mengendalikan kapal selam.

Menurut beliau, kedua-dua negara juga bersetuju mengadakan lebih banyak latihan ketenteraan bersama bagi membantu meningkatkan keupayaan dan kepakaran angkatan tentera masing-masing.

“Saya telah mengarahkan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Afandi Raja Mohamed Noor menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan hal-hal berkaitan ketenteraan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Panglima Tentera Darat akan memfokuskan kepada aspek perolehan dan pengendalian helikopter PUTD, Panglima Tentera Laut akan memfokuskan kepada aspek latihan pengendalian kapal selam, Panglima Tentera Udara akan memfokuskan kepada aspek perolehan jet pejuang TUDM,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia dan Arab Saudi bersetuju meningkatkan kerjasama bagi memantau perkembangan kegiatan puak pelampau dan kumpulan pengganas di seluruh dunia kerana kedua-dua negara memandang serius situasi tidak menentu di Timur Tengah disebabkan ancaman keganasan terhadap dua Masjid Suci di Arab Saudi.

“Dalam hal ini, ia jelas memperlihatkan kesungguhan Malaysia untuk bersama-sama Arab Saudi dalam usaha mempertahankan kesucian Kota Mekah dan Kota Madinah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOqmEO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.