Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Tular Trump Kagumi Kaabah Sah Palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Tular Trump Kagumi Kaabah Sah Palsu

Spread the love

RIYADH – Rakaman video memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump konon begitu mengagumi Kaabah di Masjidil Haram, Makkah dekat sini rupa-rupanya adalah palsu.

Pendedahan tersebut disiarkan beberapa akhbar tempatan pada Rabu secara kebetulan ketika pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud meninggalkan Malaysia untuk melawat pula negara jirannya, Indonesia.

Video berdurasi selama 28 saat itu mulanya disiarkan stesen penyiaran terkenal AS iaitu ABC baru-baru ini yang memaparkan Trump terpegun melihat suasana umat Islam bertawaf mengelilingi Kaabah pada waktu siang.

Tidak dipastikan sebab klip tersebut disiarkan namun ada menyifatkan ia susulan kemarahan masyarakat antarabangsa berhubung sekatan perjalanan terhadap rakyat tujuh negara Islam yang diarahkan Trump sebelum ini.

Rakaman tersebut kemudian menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di negara-negara Islam terutama Arab Saudi, lokasi terletaknya kiblat umat Islam di Tanah Suci setelah dibina Nabi Ibrahim AS ribuan tahun lalu.

Namun, tinjauan media Arab Saudi mendapati ia sebenarnya telah diubah suai daripada versi asalnya menunjukkan Trump melihat gambar memaparkan suasanan ketika majlis angkat sumpah jawatan presiden pada 20 Januari lalu.

Trump dalam video sebenar dilaporkan teruja menyaksikan gambar itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘lautan cinta’ apabila diberitahu ramai penyokongnya datang ke majlis tersebut dari seluruh negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Donald Trump on Kaaba oleh Stryker13799

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mwJoDQ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.