Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berlaku Kesilapan Teknikal RUU355 Dalam Aturan Mesyuarat Parlimen – Azalina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berlaku Kesilapan Teknikal RUU355 Dalam Aturan Mesyuarat Parlimen – Azalina

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan terdapat kesilapan teknikal pada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang terpapar dalam Tentatif Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 7 Mac 2017 seperti yang disiarkan media semalam.

Menurutnya, usul yang dipaparkan itu adalah usul lama tanpa pindaan dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah memberitahu bahawa ia adalah satu kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

“Saya juga telah menerima surat permohonan maaf daripada Setiausaha Dewan Rakyat atas kesilapan tersebut.

“Pihak Parlimen akan menggantikan usul berkenaan dengan usul baharu sebagaimana dipinda Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat pada 24 November 2016 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat muktamad pada 7 Mac iaitu Selasa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam menyiarkan versi asal usul Abdul Hadi yang juga presiden PAS bagi membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, telah berada dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen tanpa sebarang pindaan yang dibuat pada November lalu.

Cadangan meminda RUU 355 itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Abdul Hadi pada 24 Nov tahun lepas.

Usul pindaan itu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah antara lain menaikkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda hingga RM100,000 dan maksimum 100 kali sebatan.

Hukuman syariah sekarang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimum enam kali sebatan. Usul pindaan itu dijangka bakal dihuraikan lebih lanjut pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 7 Mac ini.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lZXZEN

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.