Lelaki Jepun Ini Tegur Cara Pemakaian Tudung Yuna
Pelajar Jepun Ini Tegur Cara Pemakaian Tudung Yuna
Seorang pelajar Jepun telah memberi pendapatnya tentang tudung yang dipakai oleh penyanyi antarabangsa Yuna.
Dia mengatakan lebih suka Yuna menggayakan tudung seperti sebelum dia ke USA iaitu tudung yang lebih labuh dan bukannya fesyen turban yang melekatseperti yang gunakan Yuna pada masa ini.
Pelajar Jepun bernama Masaya Ono yang merupakan peserta pertukaran pelajar di UiTM berkata tudung tradisi muslimah mampu mengurangkan sindrom membenci Islam atau Islamofobia di Amerika Syarikat.
Ini komennya:
“Saya rasa Yuna imejnya dulu cantik bertudung, dia boleh kembali pakai sebegitu. Mungkin dulu fesyen unik untuk pemasaran, tetapi inilah masanya dia menggunakan imejnya.
“Sekarang dia sudah membawa Islam dan dia ada kedudukan dalam industri muzik. Dia sudah popular,”
“Sekarang apabila dia memakai hijab sepenuhnya, dia boleh jadi ikon terbesar bagi wanita Islam. Ia sangat berkesan untuk menangani Islamofobia di Amerika.”
“Saya suka lagunya dengan Usher. Ia sungguh sedap. Sebelum saya datang Malaysia, saya tidak tahu dia dari Malaysia,” kata Masaya lagi.
“Saya ingat dia kacukan Asia dan Amerika kerana bahasa Inggerisnya sangat bagus.”
Masaya merupakan peserta pertukaran mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak Julai lalu.
Yuna tampil dengan imej bertudung lengkap ketika popular dengan lagu “Dan Sebenarnya” pada tahun 2009.
Semakin dikenali ramai, imejnya bertukar pada 2011 sewaktu mengeluarkan album Terukir di Bintang.
Kini, kerjaya Yuna semakin cemerlang di Amerika Syarikat.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvXIMZ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment