Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Korea Utara Akan Dibebaskan, Dihantar Pulang – Peguam Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Korea Utara Akan Dibebaskan, Dihantar Pulang – Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Korea Utara yang ditahan untuk siasatan berhubung pembunuhan rakan senegaranya akan dibebaskan dan dihantar pulang secepat mungkin, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ini berikutan kekurangan bukti untuk mendakwa Ri Jong-chol, 47, katanya kepada Bernama hari ini.

Lelaki itu telah direman sejak 18 Feb berhubung pembunuhan Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Perintah reman ke atas lelaki itu akan tamat esok dalam kes itu yang mendapat perhatian antarabangsa.

BACA: Pembunuhan Jong Nam: Polis serah Ri Jong Chol kepada imigresen esok

BACA: Warga Korea Utara perlu visa ke Malaysia bermula Isnin

Sebelum ini dilaporkan, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dua wanita menyapu mukanya dengan cecair toksik yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Feb.

Semalam, dua wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret di Sepang atas pertuduhan membunuh Kim Chol.

Siti Aisyah, 25, warga Indonesia, dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam, bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim Chol, 45 di Balai Berlepas klia2, kira-kira 9 pagi, pada hari berkenaan.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOq9ld

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.