Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maxis Keluarkan Smartphone Sendiri, Ia dinamakan Maxis Next M1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maxis Keluarkan Smartphone Sendiri, Ia dinamakan Maxis Next M1

Maxis Next M1 Malaysia

Dalam lambakan smartphone di pasaran sekarang Maxis nampaknya cuba mengambil peluang untuk mengeluarkan smartphone keluarnya sendiri. Ia dinamakan sebagai Maxis Next M1 yang merupakan peranti pertengahan bedasarkan spesifikasi yang dipaparkan di laman Maxis.

Maxis Next M1 merupakan peranti dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD. Menurut Maxis, perantinya juga dikuasai oleh pemproses Octa-Core namun tidak pula dinyatakan jenis cip yang digunakan sama ada dari MediaTek atau pun Snapdragon. Di bahagian belakangnya pula terdapat kamera 13 Megapixel dengan fungsi Autofokus. Lain-lain spesifikasi masih lagi belum didedahkan.

Dari pandangan kami, Smartphone keluaran Maxis ini tidak ubah seperti salah satu model smartphone Vodafone iaitu Vodafone Smart Ultra 7 dari segi reka bentuknya. Untuk maklumat anda, Vodafone Smart Ultra 7 dilancarkan pada tahun lepas dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi Full-HD 1080P, Cip Mediatek MT6755M, 2GB RAM, 16GB ruang memori serta bateri Li-Ion 2960 mAh. Kameranya pula dipadankan dengan 13 Megapixel di belakang dan 5 Megapixel di bahagian hadapan.

Maxis Next M1 MalaysiaMaxis Next M1 dan Vodafone Smart Ultra 7

Berbalik pada Maxis Next M1, Maxis mempromosikan semuanya dalam satu dimana dengan langganan serendan RM78 sebulan anda akan menapat sebuat peranti Next M1, 5GB data internet dan 50 minit masa bebual setiap bulan. Sekiranya perlukan lebih data, boleh membeli pas internet serendah 500MB/hari dengan RM5, 1GB/hari dengan RM8 atau 3GB/3 hari dengan RM12.

Pakej ini tertakluk kepada kontrak selama dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut peranti tersebut akan dilindungi oleh jaminan Ultimate Care sekiranya berlakunya kerosakan dan sebagainya.

Maxis akan melancarkan pakej ini pada 3 March 2017 iaitu pada keesokan hari. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Maxis.

The post Maxis Keluarkan Smartphone Sendiri, Ia dinamakan Maxis Next M1 appeared first on Mesra Mobile.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lCKpWD



✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.