Hi! Welcome Back and Stay Tune! Janda Anak 2 Mengaku Sudah Melakukan Hubungan Seks Sebelum Diserbu JHEAT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Janda Anak 2 Mengaku Sudah Melakukan Hubungan Seks Sebelum Diserbu JHEAT

Foto – Sinar Harian
KUALA TERENGGANU – Seorang janda anak dua dan kekasihnya warga asing ditangkap khalwat dan tanpa segan silu mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebelum diserbu, lapor Sinar Harian.
Dalam serbuan yang dilakukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) jam 1.20 petang Selasa lalu, janda berusia 38 tahun itu memaklumkan sudah mengenali kekasihnya berusia 24 tahun selama enam bulan kerana mereka bekerja di tempat yang sama. 
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, hasil siasatan wanita itu mendakwa datang dari Ajil, Hulu Terengganu ke bandar raya ini bersama kekasihnya dengan ditemani rakan sekerja yang lain. 
“Sebaik mereka selesai makan dan minum bersama rakan sekerjanya itu, lelaki terbabit mengajaknya menginap di hotel berkenaan. Dia mengaku tujuan mereka ke hotel itu adalah semata-mata untuk melampias nafsu selepas bercerai dengan suaminya sejak lima tahun lalu. 
“Hasil soal siasat, wanita itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya sebelum diserbu penguatkuasa syariah daerah,” katanya. 
Pasangan terbabit dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mwOgc1

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.