Nurul Ain Terpaksa Lupakan Sukan SEA 2017
NURUL Ain (kanan) ketika menerima rawatan daripada fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN), di Bali.
KUALA LUMPUR: Atlet harapan negara, Nurul Ain Sohrab tidak akan bersama skuad silat negara bagi mengharungi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan kerana masalah kecederaan.
Pesilat kelas Putri D itu mengalami kecederaan lutut kiri ketika menyertai Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Bali, Indonesia pada Disember lalu dan baru selesai menjalani pembedahan, 22 Februari lalu.
Dan secara logik, isteri kepada pesilat baharu yang diserapkan ke Program Podium, Razak Ghazali itu harus berehat dan menjalani rawatan yang dijangka mengambil masa enam hingga sembilan bulan untuk pulih.
“Nurul Ain baru menjalani pembedahan dan ketika ini dia perlu menjalani fisioterapi,” kata Pengurus Besar Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Osman Nok.
“Disebabkan itu (kecederaan), Nurul Ain sah tidak dapat beraksi pada Sukan SEA KL nanti.
“Apabila menjalani pembedahan, tempoh pulihnya mengambil masa sekitar enam hingga sembilan bulan, dan pesilat juga harus menjalani latihan, maka Nurul Ain terpaksa diketepikan untuk mana-mana kejohanan sepanjang tahun 2017 ini,” katanya.
Bagaimanapun, Osman memberi khabar gembira kepulangan semula Mohd Fauzi Khalid (Kelas Putra F) ke dalam pasukan selepas berehat panjang ekoran kecederaan di kepala.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lfRkJy✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment