Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Di Bachok Dakwa Terabai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Di Bachok Dakwa Terabai

BACHOK: Sebuah pusat jagaan anak yatim persendirian di Bachok di Kelantan yang beroperasi secara haram didakwa mengabaikan 36 penghuninya, sehingga ada yang mendakwa mereka dibiar kelaparan, terabai dan dianiaya.

Difahamkan, penghuni pusat jagaan itu yang berusia antara tujuh hingga 18 tahun terdiri dari anak-anak yang kehilangan ibu bapa, menjadi mangsa perceraian, miskin, kurang upaya dan pengidap HIV.

Pusat jagaan itu dikatakan beroperasi menggunakan dana amanah seorang dermawan yang sudah meninggal dunia dan kini diuruskan pula oleh seorang individu bergelar ustaz.

Anak-anak ini cuba mencari perlindungan di pusat itu, namun wujud dakwaan ada dalam kalangan mereka yang menjadi mangsa penderaan fizikal sehingga ada yang memilih untuk melarikan diri.

Menurut seorang penghuni, mereka diberi makan tiga kali sehari bermula dengan sarapan sama ada dengan mee goreng atau sekadar minuman milo.

Ini disusuli makan tengah hari pula iaitu sekitar 2.30 petang dengan menu biasa sama ada nasi dengan semangkuk sup atau tomyam sementara menanti makan malam pada jam 9.30 malam.

Minum petang atau minum malam dikatakan tidak pernah disediakan sehingga mereka terpaksa menahan lapar.

“Makan tiga kali sehari iaitu pagi, petang dan malam bersama air manis sekali. Tidak boleh (minta) sebab ustaz garang, kena pukul, pulas telinga dan tampar,” kata salah seorang anak yatim.

Kata mereka lagi, pernah berlaku dimana pelajar terpaksa memecah setor makanan kerana kelaparan di sebelah malam sekali gus mencetuskan persoalan apakah nasib anak-anak yang memerlukan penjagaan rapi ini.

Pusat ini dikatakan mempunyai dua petugas untuk mengajar Al-Quran dan menguruskan makan minum, namun itu juga dikatakan terabai.

Pendedahan penghuni pusat jagaan itu dibuat sewaktu kunjungan wakil Majlis Belia Kelantan bagi meraikan hari lahir lapan penghuni pusat berkenaan baru-baru ini.

Sementara itu Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dihubungi mengesahkan bahawa pusat jagaan anak yatim berkenaan belum  berdaftar dengan jabatan berkenaan walaupun sudah beroperasi selama 10 tahun.

Pusat berkenaan juga sudah beberapa kali dinasihatkan untuk melengkapkan permohonan pendaftaran.

Jabatan Kebajikan Daerah bagaimanapun berkata mereka tidak mengetahui sebarang salah laku di pusat berkenaan sebagaimana yang didakwa.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lZSGFg

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.