Kuantan FA Janji Bangkit Benam Perlis
KUANTAN: Pengendali Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria, mahu pemainnya bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut apabila melayan kunjungan Perlis dalam saingan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur malam esok.
PENGENDALI Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria. – Foto Owee Ah Chun
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, tewas kepada Negeri Sembilan 1-3 dan 1-2 di tangan Kuala Lumpur diharapkan tidak melunturkan semangat pemain kembali mencipta kemenangan ke atas skuad Singa Utara itu.
Katanya, moral dan motivasi pemain tidak terjejas dengan kekalahan sebelum ini kerana sudah memberikan yang terbaik, cuma gagal memperoleh kemenangan.
“Oleh itu bertemu Perlis esok mereka (pemain) perlu lebih kreatif dan bijak memanfaatkan segala peluang yang ada untuk memastikan tiga mata tidak terlepas kepada lawan.
“Sudah pasti The Seagulls perlu mencatat kemenangan selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut memandangkan misi utama musim ini adalah bersaing dalam saingan Piala Malaysia.
“Dengan situasi Perlis ketika ini, kami tidak harus membenarkan lawan mengutip sebarang mata sekali gus kembali untuk mengejar pasukan teratas,” katanya di sini hari ini.
Ditanya peluang menang malam esok, Zulhamizan berkata, prestasi tidak konsisten lawan yang kini menghuni tangga tercorot liga tidak boleh dijadikan ukuran.
“Saya harap pemain tidak lagi melakukan sebarang kesilapan mudah seperti yang dipersembahkan ketika tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur apabila mereka menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lZov13✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment