Argentina Berdepan Penggantungan FIFA
ASUNCION: FIFA memberi amaran kepada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) semalam, ia berdepan kemungkinan digantung sekiranya enggan menerima badan induk bola sepak Amerika Selatan atau CONMEBOL sebagai badan pemantau untuk menapis calon-calon bagi pemilihan jawatan presiden AFA.
Amaran itu dibuat tiga minggu sebelum perlawanan penting Argentina dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Chile dan Bolivia.
AFA dalam mesyuaratnya bersetuju untuk melakukan pindaan terhadap artikel dalam statutnya minggu lalu apabila menamakan Majlis Peguam Buenos Aires, dan bukan jawatankuasa etika CONMEBOL, sebagai badan penapis terhadap calon-calon yang mahu bertanding pada pemilihan 29 Mac ini.
Badan induk antarabangsa FIFA dan CONMEBOL dalam kenyataan bersama berkata, semua persekutuan bola sepak di rantau itu mengiktiraf hak CONMEBOL untuk menyaring dan menapis calon-calon.
“Kegagalan untuk mematuhi peraturan… mungkin boleh dikenakan tindakan, salah satunya ialah penggantungan terhadap AFA,” kata kenyataan itu.
Argentina, yang akan berdepan Chile di tempat sendiri pada 23 Mac dan kemudian bertandang ke Bolivia lima hari selepas itu, berhasrat mahu memperbaiki kedudukan di tangga kelima dalam saingan kumpulan yang membabitkan 10 negara Amerika Selatan itu bagi merebut empat tiket automatik ke Piala Dunia.
Semua pasukan masih mempunyai baki enam perlawanan untuk melengkapkan aksi pusingan kelayakan itu.
Pasukan di tangga kelima pula perlu mengharungi perlawanan playoff dengan pasukan dari benua lain. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYBxvM✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment