Lemar Bawa Monaco Ke Suku Akhir
THOMAS Lemar. – Foto AFP
PARIS: Jaringan masa tambahan Thomas Lemar membolehkan Monaco mara ke suku akhir Piala Perancis selepas mencatat kemenangan mendebarkan 4-3 ke atas Marseille, awal pagi tadi dan juara bertahan Paris Saint-Germain (PSG) juga memerlukan jaringan lewat untuk menewaskan Niort.
Lemar menyumbat gol kemenangan dengan percubaan padu dari dalam kawasan penalti pada minit ke-113 selepas Marseille bangkit tiga kali daripada ketinggalan sepanjang 90 minit permainan.
Gol sendiri penjaga gol, Yohann Pele meletakkan Monaco di depan pada minit ke-16 sebelum Dimitri Payet menyamakan kedudukan dengan sepakan voli yang kemas (minit ke-43) ketika tuan rumah cuba melupakan kekecewaan tumpas 5-1 kepada PSG pada Ahad lalu.
Penyerang berusia 18 tahun Monaco, Kylian Mbappe kemudian meledak jaringan ketujuh daripada lima penampilan terakhir apabila dia bijak membaca bola hantaran lintang sebelah kanan Benjamin Mendy pada minit ke-66.
Remi Cabella, bagaimanapun, mengheret aksi itu ke masa tambahan apabila dia berjaya menemui gawang menerusi percubaan dekat minit ke-84.
Bersambung masa tambahan, pelawat sekali lagi berada di depan yang terhasil menerusi jaringan Mendy pada minit ke-105, tetapi Cabella meledak gol penyamaan enam minit kemudian sebelum Lemar memastikan kemenangan untuk Manaco.
Monaco, yang akan berdepan PSG pada aksi final Piala Liga bulan depan, mungkin juga bakal berdepan juara bertahan itu pada pusingan seterusnya selepas mereka membariskan pemain simpanan ketika menundukkan Niort 2-0.
PSG bergelut di atas padang yang becak tetapi jaringan lewat daripada pemain gantian, Javier Pastore minit ke-78 dan Edinson Cavani (mibit ke-90) memastikan kemenangan mereka ke atas pasukan Divisyen 2 itu. – Reuters
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mHarJj✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment