Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembunuhan Jong Nam: Polis Serah Ri Jong Chol Kepada Imigresen Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembunuhan Jong Nam: Polis Serah Ri Jong Chol Kepada Imigresen Esok

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu pada 13 Feb lepas, akan diserah kepada Jabatan Imigresen esok bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan melibatkan Ri Jong Chol, 47, itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kami telah rujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan didapati tidak cukup bukti untuk menuduhnya di mahkamah.

“Oleh itu, polis akan serahkan lelaki itu kepada pihak imigresen esok untuk proses penghantaran pulang ke negara asal,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jong Chol direman sejak 18 Feb bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mO5HAO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.