Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Cuba 'Tegakkan' Menara Condong Teluk Intan Ditahan, Pecahkan Dan Buang Serpihan Siling Kayu Kebawah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Cuba 'Tegakkan' Menara Condong Teluk Intan Ditahan, Pecahkan Dan Buang Serpihan Siling Kayu Kebawah

TELUK INTAN – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman telah menimbulkan kekacauan apabila dia dikatakan telah memecahkan siling kayu dan kemudiannya membuangnya dari atas Menara Condong Teluk Intan sebelum ditahan polis semalam, lapor Bernama.

Kejadain disedari oleh orang awam yang berada di tempat kejadian di mana mereka mendakwa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana mahu ‘menegakkan’ menara condong itu.

Menurut pekerjan menara berkenaan, Isham Ishak, 38, berkata, ketika kejadian beliau telah terdengar bunyi bising dari bahagian atas menara kira-kira pukul 4 petang sebelum meninjau keadaan.

“Saya lihat ada seorang lelaki sedang memecahkan siling menara dan membaling serpihannya ke bawah.

“Bila saya cuba tanya kenapa dan pujuk lelaki itu, dia ajak saya berlawan sambil memaki hamun,” katanya.

Melihat tingkah laku lelaki berkenaan semakin agresif, dia bersama beberapa pekerja yang lain bertindak menangkapnya sebelum menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan perkara tersebut sedang disiasat. – Siakapkeli.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lBnv26

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.