Biarkan Ahli, Pemimpin Persatuan Sukan Pilih 'kapten' Mereka
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyampaikan ucapan sempena majlis Anugerah SAM 100Plus 2016 di Hotel Concorde KL. – Foto NSTP/Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Pengamal media tidak perlu berat sebelah dalam membuat laporan berkaitan pemilihan presiden dalam sesebuah persatuan sukan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, biarlah jawatan tertinggi dalam persatuan sukan terbabit ditentukan sepenuhnya oleh ahli serta kepemimpinan pertubuhan itu sendiri.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak harus memberi peluang kepada ahli kepada persatuan itu untuk memilih tokoh yang layak menggalas tanggungjawab itu dalam kalangan calon terbaik.
“Pertandingan adalah proses demokrasi namun jika persatuan mahu yang terbaik, perlu beri peluang kepada mereka memilih yang terbaik dalam kalangan calon terbaik.
“Tidak semestinya dalam kalangan tokoh yang kurang mendapat sokongan perlu diketepikan begitu saja. Mereka tidak boleh diketepikan begitu saja, kerana setiap individu pasti ada penyokong dan setiap sumbangan daripada individu itu harus disokong,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100 Plus 2016 di ibu negara, malam ini.
Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Norza Zakaria ; Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa serta barisan atlet negara termasuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Ahmad Zahid berkata, sukan adalah bidang yang membataskan segala ruang politik dan perbezaan pendapat.
“Kerajaan tentunya beri pelbagai sokongan bukan saja kewangan tetapi insentif terutama kepada atlit (yang berjaya dalam sukan diwakili).
“Insentif ini bukan saja dijadikan sebagai acuan dan tajuk utama media bagi memotivasikan atlit itu saja, sebaliknya bertujuan menanam semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan atlit itu,” katanya.
Beliau berkata, dalam sesuatu sukan juga, pembangunan bakat tempatan perlu diambil perhatian pasukan bagi membolehkan kejayaan dalam sesuatu pasukan itu dapat disumbangkan dari atlit tempatan, bukan pemain import luar saja.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mijiUI✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment