Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nekmat Diarah Sedia Tempat Simpan Stok Ikan Skala Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nekmat Diarah Sedia Tempat Simpan Stok Ikan Skala Besar

Spread the love

PASIR SALAK – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) diarah menyediakan tempat penyimpanan stok ikan berskala besar bagi menampung jumlah bekalan bagi menghadapi musim kekurangan sumber ikan pada waktu-waktu tertentu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ketika ini negara tidak mempunyai tempat penyimpanan bekalan ikan yang mencukupi pada satu-satu masa, menyebabkan berlaku kekurangan stok pada waktu-waktu tertentu hingga menyebabkan harga ikan melambung tinggi.

Katanya Nekmat yang ditubuhkan bagi menyokong peranan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam pembangunan sektor perikanan boleh bertindak bagi menstabilkan bekalan ikan di waktu berlaku kekurangan atau lebihan bekalan.

“Bagi mengatasi masalah ini (kekurangan ikan), saya minta Nekmat supaya melihat perkara ini sebagaimana mereka boleh mengadakan kemudahan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, di Kampung Gajah di sini petang ini.

Jelas Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak, Nekmat perlu memainkan peranan bagi memastikan apa yang boleh dibuat di kala bekalan ikan berlebihan.

“Sekarang ini, kita menghadapi kekurangan bekalan ikan dalam negara, tetapi dalam pada itu, ada musim-musimnya kita mempunyai lebihan bekalan dan saya telah diberitahu tahun-tahun sebelumnya, harga ikan kembong jatuhnya sampai RM4 (sekilogram) disebabkan oleh bekalan yang banyak.

“Jadi kita telah berbincang semalam iaitu Nekmat mesti ada kemudahan peti ais sejuk beku. Ikan (yang berlebihan) boleh disimpan, boleh tahan sehingga 5 hingga 6 bulan di bawah suhu yang rendah,” kata Tajuddin.

Justeru, katanya, Nekmat boleh mendapat dana sama ada daripada dana sendiri ataupun menggunakan bentuk kemudahan kewangan disediakan oleh Agro Bank bagi memiliki kemudahan tersebut.

“Kalau pengeluaran terjejas disebabkan musim tengkujuh, maka waktu sebegitu telah ada stok, sepertimana kita adakan stok bekalan beras,” katanya.

Malah beliau percaya bekalan dan harga ikan akan kembali turun tidak lama lagi memandangkan ikan juga mempunyai jangka masa membiak. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mx58zw

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.