Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tan Chong Catat Produksi 1 Juta Unit Kenderaan Jenama Nissan Sepanjang 60 Tahun Operasinya Di M’sia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tan Chong Catat Produksi 1 Juta Unit Kenderaan Jenama Nissan Sepanjang 60 Tahun Operasinya Di M’sia

Selain jenama-jenama automotif nasional, Nissan/Datsun merupakan antara jenama yang mewarnai lanskap automotif negara. Sebelum adanya Proton Iswara, Datsun 120Y B310 mendominasi industri teksi tempatan. Begitu juga dengan kereta yang digunakan pada sekolah memandu, sebelum Perodua Kancil digunakan secara meluas, siri Sunny yang bermula dari B110 120Y, B310 120Y dan juga B11 130Y digunakan untuk pemandu-pemandu Malaysia bagi mendapatkan lesen memandu.

Seperti yang diketahui, Nissan dibawa ke Malaysia oleh Tan Chong Group yang memulakan operasi mereka pada tahun 1957, meraikan ulangtahun ke-60 mereka tahun ini. Kemudian Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) telah diwujudkn pada tahun 1976 untuk memasang kenderaan jenama Nissan untuk pasaran tempatan. Sehingga bulan lalu, TCMA telah berjaya mencapai pengeluaran kumulatif 1,000,000 unit kenderaan Nissan di Malaysia

Bagi meraikan kejayaan ini dan juga menyambut ulang tahun ke-60 Tan Chong Group, syarikat tersebut kini menjalankan kempen promosi bagi memberikan peluang kepada pelanggan untuk memandu pulang sebuah Nissan Almera baharu dengan bayaran bulanan serendah RM600 (tertakluk kepada terma dan syarat).

“Mencapai angka sejuta kenderaan jelas membuktikan prestasi, kreadibiliti dan kebolehpercayaan Nissan dan Tan Chong Group. Ia memberi motivasi dan inspirasi kepada kami untuk meneruskan pertumbuhan dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan. Sebahagian daripada Kempen Tawaran Hebat Ulang Tahun ke-60 ini, kami menawarkan model terbaik kami; Nissan Almera 1.5L Automatik, dengan bayaran bulanan serendah RM600.” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Bagi menambah keterujaan ke atas kempen tersebut, ETCM sekali lagi memulakan Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan untuk tahun ketiga. Kempen itu akan berlangsung sepanjang bulan Mac dan April dan ia memberi peluang kepada pelanggan yang membeli kenderaan Nissan untuk memenangi percutian ditanggung sepenuhnya dan menikmati pengalaman menyaksikan perlawanan Liga Juara-juara UEFA secara langsung di Eropah.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan di bilik pameran terpilih dan siri jelajah Nissan untuk memandu uji model-model Nissan baharu. Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan adalah seperti berikut:

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan di bilik-bilik pameran terpilih adalah seperti berikut:

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvV4qe

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.