Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan salahkan Thailand bila HIV merebak di Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan salahkan Thailand bila HIV merebak di Kelantan

KOTA BARU, 2 Mac — Jangan salahkan negara jiran sebagai punca peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan, kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Anggota parlimen Machang turut menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung perkara tersebut sebagai retorik dan tidak berasas.

“Saya nak tanya satulah timbalan menteri besar, kalau dia (seseorang itu) berjiran dengan perompak, kalau anak dia mencuri, adakah dia nak salahkan jiran dia atau dia yang tak tahu mengajar anak?

“Jadi janganlah kita nampak alim, ulama, akhirnya apabila ditanya soalan, kita putar belit (jawapan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hari terbuka asrama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Baru dan program outreach
pendidikan kesihatan di Lembah Sireh di sini hari ini.

Hadir sama pengarah KPTM Kota Baru Mohd Sahidi Yaakob dan pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Semalam, Mohd Amar dilaporkan berkata peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan antara lain disebabkan kedudukan negeri itu yang dekat dengan Thailand.

Selasa lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat dipetik berkata penghidap HIV hasil hubungan heteroseksual di Kelantan yang berjumlah 40 orang pada 2015 meningkat kepada 50 orang pada tahun lepas.

Jangkitan HIV akibat hubungan homoseksual di negeri itu yang berjumlah 10
orang pada 2015 meningkat kepada 20 orang pada tahun lepas.

Ahmad Jazlan, yang juga timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, berkata kerajaan negeri mesti bertanggungjawab dalam perkara itu dan tidak hanya menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan bagi mengekang masalah daripada terus berleluasa.

“Kita (kerajaan persekutuan) dah melakukan banyak program kesedaran dan bermacam-macam pendekatan yang kita buat, tetapi kerajaan negeri mesti dilihat biar jelas dalam tindakan mereka dan bukan sekadar retorik atau bercakap sahaja,” katanya.

 

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE

The post Jangan salahkan Thailand bila HIV merebak di Kelantan appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mIU4fp

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.