Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita lahirkan 69 anak meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita lahirkan 69 anak meninggal dunia

Wanita dari Palestin yang dipercayai antara wanita paling subur di dunia, dilaporkan telah meninggal dunia. Ibu yang telah melahirkan 69 anak ini menghembuskan nafas terakhirnya di Gaza, minggu lalu. Namun nama dan identiti sebenar wanita itu tidak didedahkan media tempatan.

Berita sedih tersebut turut disahkan oleh suami wanita itu kepada agensi berita Gaza, Al-Ann, lapor stesen Al-Arabiya.

Bagaimanapun, punca kematian ibu berusia 40 tahun itu tidak dinyatakan.

Setelah berkahwin, wanita yang tidak diketahui namanya ini dikatakan telah melahirkan 16 kali bayi kembar, tujuh kali kembar tiga dan empat kali kembar empat.

Oleh itu, menjadikan kesemua anak yang telah dilahirkannya berjumlah 69 orang.

Difahamkan, wanita ini bukanlah ibu pertama yang pernah melahirkan anak dalam jumlah ramai.

Sebelumnya, seorang wanita dari Rusia bernama Vassilyeva juga telah melahirkan anak berjumlah 69 orang. Rekod kelahiran Vassilyeva turut tercatat dalam Guinness World Record.

The post Wanita lahirkan 69 anak meninggal dunia appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mhVbVW

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.