Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas CEO TH Heavy Engineering Hadapi Tiga Tuduhan Gubah Wang Haram RM1.57 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas CEO TH Heavy Engineering Hadapi Tiga Tuduhan Gubah Wang Haram RM1.57 Juta

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam
pengubahan wang haram berjumlah RM1.57 juta, empat tahun lepas.

Beliau yang berusia 51 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

TH Heavy Engineering adalah syarikat bersekutu Tabung Haji. Nor Badli Munawir didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu dengan menerima wang tunai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di sebuah restoran di Ara Damansara, Petaling Jaya dekat sini, antara 6 petang dan 8 malam, pada 2 Mei 2013, 26 Jun 2013 dan 11 Sept 2013.

Jika sabit kesalahan, Nor Badli Munawir yang didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 boleh dihukum denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 bagi ketiga-tiga tuduhan memandangkan Nor Badli Munawir turut menghadapi dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta sama membabitkan nilai RM1 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau berkata bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000.
Mohammed Heikal juga memohon supaya kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama dua kes pertuduhan tersebut.

Peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 387 (2) Kanun Prosedur Jenayah.

“Memandangkan kes ini akan dipindahkan ke Kuala Lumpur, mohon mahkamah guna pakai kuasa untuk benarkan tertuduh dibebaskan dengan bon dan pihak kami syorkan bon dengan dua penjamin rakyat tempatan selain kami memberi jaminan tertuduh tidak akan larikan diri.

Jika mahkamah tidak bersetuju, pihak kami bersedia dengan jumlah jaminan RM50,000 tetapi kami mohon mahkamah benarkan tertuduh membayar wang ikat jamin selewat-lewatnya 12 tengah hari esok tanpa perlu dihantar ke Penjara Sungai Buloh hari ini,” katanya.

Asmadi kemudian membenarkan Nor Badli Munawir dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa cagaran dan tanpa penjamin serta membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes di mahkamah itu (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur).
Pada 26 Jan lepas, Nor Badli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas lima pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta.
— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mctq0s

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.