Dua Suspek Wanita Dihadap Ke Mahkamah Atas Dakwaan Membunuh Kim Jong Nam
SEPANG: Dua suspek wanita yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas dakwaan membunuh.
Suspek wanita pertama, Doan Thi Huong, 29, seorang warga Vietnam, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Suspek kedua, warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, turut didakwa atas pertuduhan sama.
Kedua-dua wanita itu ditahan reman selama 14 hari mulai 16 Februari lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas dan tempoh reman mereka berakhir hari ini.
Siti Aisyah diwakili oleh lima orang peguam yang dilantik oleh Kedutaan Besar Indonesia, diketuai oleh peguam Gooi Soon Seng.
Manakala, Doan Thi Huong diwakili peguam Selvam Shanmugam.
Timbalan Pendakwaan yang diketuai Muhammed Iskandar Ahmad memohon agar diberi masa tempoh sebulan setengah untuk mengumpul semua laporan hasil analisa asid deoksiribonukleik (DNA), kimia, toksikologi dan bedah siasat untuk diteliti.
Hakim Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai majistret menetapkan tarikh 13 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan ia bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mr2oUf✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment