Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murray Gah, Wawrinka Tersingkir Awal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murray Gah, Wawrinka Tersingkir Awal

Andy Murray. – Foto Reuters

DUBAI: Pemain nombor satu dunia, Andy Murray mudah melangkah ke pusingan kedua Kejuaraan Tenis Dubai apabila membuat penampilan semula selepas lima minggu kecewa tersingkir di Terbuka Australia.

Pemain pilihan utama ini kini cergas sepenuhnya dan tampil penuh bertenaga ketika menewaskan Malek Jaziri 6-4, 6-1, sekali gus mengelak daripada menerima nasib malang yang menimpa pilihan kedua, Stan Wawrinka.

Wawrinka – juara tiga kali Grand Slam Switzerland tewas mengejut 7-6 (7/4), 6-3 kepada pemain bukan pilihan, Damir Dzumhur di pusingan pertama walaupun pada satu ketika selesa mendahului 4-1.

“Ia sebenarnya sedikit sukar. Saya tidak pernah beraksi menentang pemain ini,” kata Murray. “Ia mengambil sedikit masa untuk mencari rentak perlawanan.

“Tetapi saya beraksi lebih baik. Saya tidak merasa sebarang kesakitan…saya rasa semuanya bagus,” katanya.

Murray, yang tewas pusingan keempat di Melbourne, mengambil masa 45 minit untuk menang perlawanan pembukaan itu dan bakal berdepan pemain Sepanyol, Guillermo Garcia-Lopez dalam pusingan seterusnya.

Sementara itu, berikutan kekalahan kepada pemain ranking ke-77 dari Bosnia-Herzegovina, Wawrinka akur tahap kecergasannya belum mencapai standard diperlukan apabila hanya sempat berlatih selama seminggu.

“Saya bermula baik dan menjadi semakin sukar kerana saya seperti kehilangan sesuatu. Ketika latihan, ia OK pada beberapa hari terakhir, tetapi hari ini, saya hilang sesuatu,” katanya. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCfjQa

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.