Perlawanan Ditunda, Padang Penuh Salji
Spread the love
BERLIN – Aksi suku akhir Piala Jerman antara Borussia Dortmund dan Sportfreunde Lotte ditunda selepas salji tebal menutup padang perlawanan, kata Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).
Salji mulai melanda di sebelah petang dan padang dilitupi dengan pantas, sekali gus memaksa penganjur menunda perlawanan selepas berbincang bersama DFB, pengadil Felix Brych dan pegawai pasukan, awal pagi tadi.
“Kami sendiri melihat keadaan padang dan berfikir keputusan berkenaan adalah wajar,” kata kapten Dortmund, Marcel Schmelzer.
“Kami kembali ke bilik persalinan. Tiada perlawanan bola sepak boleh diadakan di sini. Kami bersetuju dan memahami keputusan itu.” DFB berkata, perlawanan itu mungkin akan diadakan secepat mungkin.
Sementara itu, Eintracht Frankfurt melangkah ke saingan separuh akhir buat kali pertamanya selepas sedekad. Danny Blum meledak jaringan pada minit keenam untuk membenarkan pasukan menang dengan keputusan 1-0 ke atas Arminia Bielefeld.
Perlawanan itu juga menyaksikan kepulangan semula pemain Frankfurt, Marco Russ – yang dikesan menghidap kanser pada 2016. Dia menjalani rawatan susulan sebelum disahkan sihat sepenuhnya.
Dia diberi peluang memasuki padang sebagai pemain simpanan akhir yang diturunkan dan menerima sorakan daripada penonton. – Reuters
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment