Wang Secara Luas Meningkat 4.4 Peratus Pada Januari 2017
KUALA LUMPUR: Wang secara luas (M3) mencatat pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 4.4 peratus pada Januari tahun ini berbanding 3.0 peratus dicatatkan pada Disember 2016.
Dalam kenyataan, Bank Negara Malaysia berkata peningkatan M3 terus didorong oleh pemberian kredit kepada sektor swasta oleh sistem perbankan dan tuntutan bersih yang lebih tinggi terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, peningkatan itu telah diimbangi sebahagiannya oleh pertumbuhan Akaun Pelaburan Islam yang berterusan.
Pembiayaan bersih kepada sektor swasta mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 5.8 peratus pada Januari (Disember 2016: 5.5 peratus).
Bank pusat itu berkata pertumbuhan itu didorong oleh pertumbuhan bon korporat terkumpul bersih dan pinjaman yang diberikan oleh sistem perbankan dan institusi kewangan perbankan (IKP) yang lebih tinggi pada bulan tersebut.
Pinjaman perniagaan terkumpul sistem perbankan mencatat pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 5.4 peratus (Disember 2016: 4.9 peratus), dengan pertumbuhan didorong oleh peningkatan tahunan bagi pinjaman kepada sektor pembinaan, perkilangan, dan pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi.
Bagi isi rumah, pinjaman terkumpul sistem perbankan meningkat pada kadar lebih perlahan sebanyak 5.2 peratus pada Januari (Disember 2016: 5.3 peratus).
“Meskipun paras kelulusan pinjaman berkurangan pada bulan itu, paras permohonan pinjaman perniagaan dan isi rumah kekal stabil,” katanya.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llPjq2✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment