Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 maut 2 kenderaan bertembung di Lahad Datu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 maut 2 kenderaan bertembung di Lahad Datu

KERETA Proton Saga dinaiki enam mangsa remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda. – Foto ihsan pembaca

LAHAD DATU: Enam, termasuk masing-masing seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan bayi berumur enam bulan, maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Dewata, dekat sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.45 malam itu, semua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang kereta jenis PROTON Saga.

Pemandu pacuan empat roda terbabit pula dilaporkan cedera ringan.

Mangsa yang maut ialah empat lelaki dipercayai warga asing, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun serta anak lelakinya berumur enam tahun.

Kemalangan itu menyebabkan kereta PROTON Saga itu remuk teruk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.48 malam sebelum menghantar 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi.

“Semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya ketika dihubungi BH di sini, malam ini.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nX62Fk

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.