Sindhu cipta kejutan mara final Terbuka India
PEMAIN badminton India, PV Sindhu. – Foto EPA
NEW DELHI: Pemain badminton India, PV Sindhu mencipta kejutan apabila mara ke final Terbuka India untuk menempah pertemuan dengan pilihan utama kejohanan, Carolina Marin.
Pemain berusia 21 tahun itu menundukkan pilihan kedua daripada Korea Selatan, Sung Ji Hyun, 21-18, 14-21, 21-14 pada aksi separuh akhir yang berlangsung selama sejam dan 16 minit di Kompleks Sukan Siri Fort.
Sindhu yang menewaskan rakan senegaranya, Saina Nehwal di suku akhir kini tampil sebagai bintang baharu India.
Dia memperagakan corak permainan matang ketika bertemu Hyun yang juga pemain nombor empat dunia apabila bangkit selepas tewas pada set kedua.
Terdahulu, Marin, 23, mudah menewaskan pemain Jepun yang juga pilihan keempat, Akane Yamaguchi, 21-16, 21-14.
Aksi perseorangan lelaki menyaksikan pilihan ketiga, Viktor Axelsen tidak berdepan masalah mengetepikan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus 21-12, 21-13 untuk mara ke final.
Pemain keempat dunia itu bakal bertemu pilihan ketujuh daripada Chinese Taipei, Chou Tien Chen yang menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen 21-17, 21-14. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2mZ2aV7✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment