Atletico buatkan Leverkusen derita di laman sendiri
LEVERKUSEN: Atletico Madrid menewaskan tuan rumah, Bayer Leverkusen 4-2 untuk meletakkan pasukan itu dalam kedudukan selesa bagi menghadapi aksi kedua 16 terbaik Liga Juara-Juara di Sepanyol, bulan depan.
Dua jaringan menerusi serangan balas pantas membenarkan finalis 2014 dan 2016 itu berada dalam kedudukan selesa, – hasil jaringan Saul Niguez (minit ke-47) dan Antoine Griezmann (minit ke-25).
Kemenangan diraih kelab gergasi Sepanyol itu meletakkan mereka selangkah untuk ke saingan suku akhir buat kali kesembilan dalam saingan berprestij Eropah ini.
Leverkusen, yang menanggung derita kerana prestasi buruk barisan pertahanan bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit itu hasil jaringan Karim Bellarabi pada minit ke-48 sebelum pemain Atletico, Kevin Gameiro menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-59 untuk meletakkan pelawat mendahului 3-1.
Stefan Savic bagaimanapun melakukan kesilapan dengan meledak gol sendiri sekali gus menghadiahkan gol kedua untuk tuan rumah pada minit ke-68 dan seterusnya menjadikan perlawanan dalam keadaan penuh debaran selepas kedudukan 3-2.
Fernando Torres menutup segala spekulasi yang ada apabila meledak gol ke empat Atletico pada minit ke-86 bagi memadamkan kekecewaan tewas 0-1 musim lalu dan menyaksikan kelab Jerman itu tewas buat kali pertamanya di laman sendiri selepas 10 rekod tanpa kalah dalam aksi peringkat Eropah.
“Kami boleh melakukan yang lebih baik lagi,” kata penjaring gol Leverkusen, Bellarabi. “Kami cuba bertahan, bangkit dan terus yakin dengan diri sendiri namun Atletico bermain lebih baik,” katanya.
Sebelum bermulanya pusingan 16 terbaik, kelab yang beraksi di Bundesliga dan juga finalis 2002 itu bimbang jika terlepas aksi di slot lapan terbaik (suku akhir) buat kali kelima selepas gaga; melepasi pusingan ini dalam empat percubaan terdahulu. – Reuters
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ll0bbb✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment