Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPM Akan Kenal Pasti Punca Pelajar Gemar Lakukan Aktiviti Waktu Malam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPM Akan Kenal Pasti Punca Pelajar Gemar Lakukan Aktiviti Waktu Malam

IPOH: Kementerian Pendidikan akan mengadakan sesi perbincangan dengan ibu bapa serta guru bagi mengenal pasti punca pelajar gemar melakukan aktiviti waktu lewat malam sehingga menjejaskan proses pembelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata pihaknya menerima apa sahaja pandangan dan cadangan bagi mengatasi masalah dan untuk menambah baik sistem pendidikan negara.

“Apabila pelajar mahu melakukan sesuatu di luar waktu sekolah ia bukan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Bagaimanapun kami terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian mempunyai cara atau jalan penyelesaian bagi mengelak kejadian seperti kemalangan maut yang membabitkan lapan pelajar di Johor Bahru berulang.

Terdahulu, Kamalanathan menyerahkan Cek Peruntukan Khas Penyelenggaraan Kecil Tahun 2016 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Perak di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata kementerian tidak bercadang untuk menambah aktiviti ko-kurikulum di sekolah bagi memastikan para pelajar tidak melakukan aktiviti di waktu malam .

Beliau berkata setakat ini aktiviti ko-kurikulum mencukupi dan tidak pernah mendapat aduan daripada ibu bapa mengenainya.

“Kita juga tidak boleh membiarkan mereka (pelajar) berada di sekolah sepanjang hari, mereka juga perlu melakukan aktiviti ko-kurikulum sebelum pulang ke rumah dan berehat.

Kita perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum melaksanakan sesuatu kerana kita tidak mahu melaksanakan sesuatu perkara yang orang tidak suka,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lkKBfJ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.