Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki dipercayai pesakit HSA ditemukan lemas di Pantai Lido - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki dipercayai pesakit HSA ditemukan lemas di Pantai Lido

JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki warga asing dipercayai pesakit dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) ditemukan lemas di Pantai Lido, di sini, awal hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pegawai Bomba Kanan II Kamalrulzaman Saleh berkata mayat lelaki dianggar berusia 30-an itu ditemui pada 1.08 pagi, kira-kira 150 meter dari pantai.

Kamalrulzaman yang juga Penyelia Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Johor Bahru berkata mayat ditemukan anggota PPDA yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa, sejak malam tadi.

“Mayat mangsa yang masih berpakaian pesakit hospital kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang dihubungi hari ini.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau menerima panggilan mengenai kejadian pada 7.12 malam tadi.

Mangsa yang dipercayai dari Wad Barat HSA, sebelum itu dipercayai berada di kawasan pantai yang terketak kira-kira 100 meter dari bangunan induk HSA berkenaan, kira-kira 7 malam.

Selain bomba, gerakan mencari dan menyelamat mangsa turut disertai Angkatan Pertahanan Awam dan polis.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llEQye

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.