Mahut tundukkan bintang muda Jerman – Zverev
NICOLAS Mahut mengenepikan Alexander Zverev 7-6 (5), 7-6 (5) untuk melangkah ke pusingan kedua Tenis Terbuka Marseille, awal pagi tadi. – Foto www.espn.com.au
MARSEILLE, (Perancis): Veteran Perancis, Nicolas Mahut mengenepikan cabaran pemain muda Jerman, Alexander Zverev 7-6 (5), 7-6 (5) untuk melangkah ke pusingan kedua Tenis Terbuka Marseille, awal pagi tadi.
Pemain berusia 35 tahun ini, kekal bertahan menahan asakan 10 servis ace dilakukan Zverev – pemain berusia 19 tahun yang juga pilihan kelima kejohanan dan dianggap antara bintang baharu dalam dunia sukan tenis.
Aksi pagi tadi turut menyaksikan kedua-dua pemain tercicir satu servis di set kedua. Selepas melepasi halangan Zverez ini, Mahut akan berdepan pemain Slovakia, Norbert Gombos dari kelompok pusingan kelayakan.
Pemain pilihan keenam, Richard Gasquet, juga dari Perancis turut mara selepas menang 6-7 (5), 6-3, 6-2 ke atas Robin Haase dari Belanda yang melakukan 14 servis ace tetapi kehilangan mata servis sebanyak lima kali.
Gasquet, yang menewaskan Haase sebanyak empat daripada lima rekod pertembungan mereka bakal berdepan pemain Russia, Mikhail Youzhny di pusingan kedua.
Sementara itu, rakan senegaranya, Julien Benneteau juga menang mudah ke atas pemain remaja berusia 17 tahun dari Kanada, Denis Shapovalov, 7-5, 6-4 tetapi bakal berdepan laluan sukar selepas ini kerana dijadualkan bertemu juara dua kali, Gilles Simon. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m67Njp✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment