Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maklumkan Kematian Suami Pada Anak Tiri Melalui FB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maklumkan Kematian Suami Pada Anak Tiri Melalui FB

Spread the love

“OH ya, bapa kau dah mati,” itu cara mudah bagi seorang ibu tiri untuk memaklumkan kepada anak-anak tirinya mengenai kematian bapa mereka.

Pemberitahuan berkenaan pun hanya dilakukan menerusi Facebook.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan ialah apabila wanita itu, Louise Khan mengebumikan mayat suaminya, Alyn Pennycook di halaman rumah mereka sahaja apabila anak-anak tirinya bertanya mengenai kos pengebumian bapa mereka.

“Kami bencikan Louise selama-lamanya. Dia tidak memberi peluang kepada kami untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bapa kami. Dia tidak berminat pun untuk memberikan maklumat mengenai bapa, hanya memaklumkan akan kematiannya sahaja,” kata anak-anak Alyn.

Alyn menghidap kanser otak sejak tiga tahun lalu dan dia serta Louise telah berpindah ke tempat lain, tanpa memaklumkan kepada anak-anaknya.

Malahan penyakitnya juga tidak didedahkan kepada mereka.

Keadaan itu menambahkan lagi kebencian mereka terhadap Louise, 46, yang juga seorang guru muzik.

Polis hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas mendapat laporan daripada jiran pasangan terbabit yang tidak melihat kelibat Alyn sejak beberapa bulan lalu.

Polis juga terpaksa menggunakan radar untuk mengesan kedudukan mayat Alyn. Louise turut ditahan kerana mengebumikan mayat di halaman rumah mereka.

Dia akan dibicarakan pada bulan ini serta berdepan dengan hukuman penjara dua tahun.

Sementara siasatan pula mendapati kematian Alyn tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llbkIY

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.