Hi! Welcome Back and Stay Tune! Messi ledak dua gol atasi Legane - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Messi ledak dua gol atasi Legane

PENYERANG Barcelona, Lionel Messi melakukan sepakan penalti ketika menentang CD Leganes di Nou Camp, awal pagi tadi. – Foto AFP

BARCELONA: Jaringan penalti lewat permainan Lionel Messi membantu Barcelona mengatasi Legane 2-1 di Nou Camp awal pagi tadi.

Bagaimanapun, juara bertahan La Liga itu seakan masih belum pulih daripada kekalahan pertengahan minggu Liga Juara-Juara di tangan Paris St Germain.

Messi menjaringkan kedua-dua gol, yang kedua hadir menerusi penalti minit ke-90 untuk terus menyalakan kempen mempertahan kejuaraan – tetapi ia perlawanan yang sukar buat pengendali Luis Enrique, yang diejek oleh sebahagian penyokong sendiri.

Kemenangan itu meletakkan Barca di tangga kedua dengan 51 mata, satu di belakang pendahulu Real Madrid yang menewaskasn Espanyol 2-0 di Bernabeu kelmarin.

Real kurang dua perlawanan berbanding Barca dan Sevilla, yang menduduki tangga ketiga dengan 49 mata selepas kemenangan 2-0 di laman sendiri ke atas Eibar kelmarin.

Messi, yang kurang menyerlah ketika perlawanan bertemu PSG, meletakkan Barca di depan pada minit keempat tetapi Legane menyamakan kedudukan pada minit ke-71.

Neymar mendapatkan penalti di penghujung permainan dan disempurnakan Messi untuk memastikan jurang dengan Real tidak terlalu jauh dan meringankan seketika beban buat Enrique.

“Situasi kami hadapi menjadikan permainan lebih sukar dan Leganes mencetus banyak masalah buat kami, tetapi saya kagum dengan reaksi pasukan di akhir permainan dan penyokong-penyokong yang setia.

“Keputusan PSG cukup berat buat kami dan kami cuba mengawal permainan walaupun tahap keyakinan sudah merosot buat masa sekarang. Namun kami menang perlawanan ini dan walaupun ia menerusi penalti, ia masih bermakna, ” kata Enrique.

Reuters

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kCm8Ub

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.