Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencemaran di sekitar Masjid Jamek diberi perhatian – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencemaran di sekitar Masjid Jamek diberi perhatian – PM Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pencemaran persekitaran di kawasan Masjid Jamek akan diberi perhatian bagi memastikan nilai sejarah dan keindahan masjid itu, antara yang tertua di negara ini terpelihara.

Perdana Menteri berkata pencemaran tidak terkawal telah membawa kesan kepada kawasan persekitaran masjid yang begitu unik kerana menjadi titik pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak.

“Pencemaran tidak terkawal telah membawa kesan kepada sungai kita dan pembangunan juga telah mengurangkan daya tarikan kawasan persekitaran ini.

“Sehinggakan ada laporan bahawa tidak sesuai berjalan di sepanjang tebing sungai,” katanya dalam catatan Facebooknya malam tadi.

Najib berkata jika dibandingkan dengan bandaraya maju lain seperti New York, Paris dan Korea Selatan, kawasan sepanjang perairan dan sungai begitu meriah dengan aktiviti ekonomi dan riadah oleh pelancong serta keluarga.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan banyak lagi usaha perlu dipertingkatkan untuk memulihkan semula kebanggaan kita ini.

“InsyaAllah saya akan meneliti perkara ini dalam masa terdekat,” katanya. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kCsAuH

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.