Remaja Disambar Buaya Semasa Mandi Di Marudi
Spread the love
MIRI – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berdekatan dengan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi hari ini.
Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut berkata, mangsa Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan SPM sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar seekor buaya pukul 6.30 petang tadi.
Balai Polis Marudi menerima panggilan pukul 7.15 malam, pasukan operasi mencari dan menyelamatkan telah bergerak ke lokasi kejadian,” katanya dihubungi malam ini.
Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi.
Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment