Hi! Welcome Back and Stay Tune! VIDEO Wanita Pandu BMW Maut Ditembak Enam Das - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VIDEO Wanita Pandu BMW Maut Ditembak Enam Das

Polis setakat ini belum memberikan pengesahan dan Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. ― Foto ihsan Facebook/Rizuan MHGEORGE TOWN, 21 Feb ― Seorang ahli perniagaan wanita maut ditembak semasa memandu kereta BMW pada kira-kira 5.45 petang tadi di Taman Pekaka 1, Glugor dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata mangsa berusia 49 tahun itu memandu kereta miliknya itu seorang diri apabila dihampiri dua lelaki menunggang motosikal dan melepaskan lebih 10 das tembakan ke arahnya.

Memandu bersendirian“Mangsa dikenal pasti seorang ahli perniagaan dalam bidang logistic perkapalan itu telah ditembak lebih 10 das dari cermin sisi pemandu.

“Daripada 10 tembakan itu enam das tembakan mengenai dadanya.

“Kereta dipandu mangsa kemudian hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah pacuan empat roda di hadapannya sebelum melanggar tembok sebuah rumah di jalan Lintang Pekaka, di sini,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, malam ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dakwaan bahawa mangsa ialah isteri kepada seorang anggota geng kongsi gelap bergelar “Datuk Seri” adalah tidak benar.

“Kita juga sedang siasat sama ada mangsa sedang mengandung atau sebaliknya,” katanya.

Ahli perniagaan wanita mautMeninggal dunia di tempat kejadianZainol berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan dan memohon semua pihak untuk tidak memutarbelitkan kejadian itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis sedang memburu dua suspek terbabit, dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan sekitar.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. ― Bernama

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lJ49LT

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.