Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Melancarkan Sistem Yang Mengesan Pengguna Yang Berkeinginan Membunuh Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Melancarkan Sistem Yang Mengesan Pengguna Yang Berkeinginan Membunuh Diri

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, ketagihan kepada media sosial adalah berkadar langsung dengan epidemik kemurungan. Media sosial menjadi medan untuk pengguna menunjuk-nunjuk betapa hebatnya kehidupan mereka. Realitinya kesemua ini palsu dan hanya dimuat naik bagi menggembirakan diri sendiri serta tidak mahu kalah. Tidak mengejutkan kes pengguna media sosial membunuh diri ketika melakukan penstriman kini mula dilaporkan.

Bagi menghalang kejadian seperti ini dari berulang, Facebook melancarkan sistem yang akan mengesan pengguna yang berkeinginan membunuh diri. Sistem ini menggunakan algoritma kecerdasan buatan bagi mengesan pengguna yang menunjukkan kecenderungan untuk membunuh diri.

Integrasi dengan Facebook Live membenarkan penonton untuk melaporkan video insan yang cuba menstrim aksi membunuh diri dengan segera. Pihak Facebook kemudian akan cuba membantu menerusi sistem chat Messenger. Bagi memastikan bantuan yang terbaik diberikan, Facebook bekerjasama dengan tiga pertubuhan yang mempunyai kepakaran menangani percubaan membunuh diri.

Kemurungan bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan. Sekiranya anda mengenali teman yang menunjuk tanda-tanda kemurungan dan ingin membunuh diri segeralah membantu. LIKE dan emotikon senyum sahaja tidak mencukupi di dalam situasi begini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2maRrFb



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.