Fathia Selesa Solo, Tak Sedia Pegang Title Isteri
Spread the love
“SAYA masih belum bercinta dengan sesiapa. Bila ada orang bertanya perihal jodoh, sejujurnya saya masih belum bersedia untuk bergelar isteri.”
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh selebriti Fathia Latif apabila sering diajukan soal jodoh dan rumah tangga.
Dalam pada itu, heroin Ariana Rose ini menyatakan dia gembira dengan kehidupan solonya dan hatinya belum terbuka untuk sesiapa selepas hubungannya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza putus.
“Saya gembira menjalani kehidupan saya sekarang. Saya belum membuka hati kepada sesiapa.
“Walaupun saya solo, Allah berikan saya rezeki, berikan saya keluarga dan sahabat yang baik. Allah juga memberikan saya perasaan gembira,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Fathia lagi, dia percaya jodoh, ajal, maut adalah ketentuan Allah dan apa yang penting baginya dia mensyukuri serta menghargai apa yang ada di hadapannya.
Baca: Fathia Sangkal Dakwaan Bakal Kahwin Dengan Baim Wong
Baca: Fathia Nafi Bakal Kahwin VIP, Masih Trauma Putus Cinta
Selepas kisah cintanya dengan Aiman Hakim putus ditengah jalan, Fathia pernah digosipkan dengan pelakon dari Indonesia; Baim Wong dan pernah tertular di media negara itu bahawa mereka akan berkahwin namun dinafikan sendiri oleh aktres tersebut.
Malah dramatis ini juga digosipkan bakal berkahwin dengan golongan VIP berketurun diraja pun dinafinya dan menjelaskan pengalaman cinta lalu masih menjadi ‘igauan’ dalam hidupnya
Perkembangan terbaharu aktres ini, dia bakal muncul dengan drama terbaharu di TV3 berjudul Menanti Februari yang akan ditayangkan pada 27 Mac bergandingan dengan aktor kacak Zul Ariffin dan Afiq Muiz. -MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment