Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mufti Perlis Saran Lelaki Berkemampuan Cepat Kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mufti Perlis Saran Lelaki Berkemampuan Cepat Kahwin

KANGAR: Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan lelaki yang berkemampuan supaya cepat berkahwin untuk memperoleh zuriat dan secara langsung menambah bilangan penduduk negeri Perlis.

Katanya Islam menuntut lelaki yang berkemampuan zahir dan batin berkahwin dan tidak wajar melengahkannya kerana sikap demikian menyebabkan bilangan umat Islam lambat bertambah.

“Saya harap mereka berani menyahut cabaran ini namun mereka juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain bertanggungjawab,” kata Mohd Asri dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Beliau turut menyarankan golongan muda yang bekerja dan mencari rezeki di Perlis supaya memilih gadis-gadis negeri ini sebagai isteri dan terus menetap di Perlis agar matlamat menambah bilangan penduduk tercapai.

Dalam hubungan ini, ibu bapa sebaiknya tidak meletakkan hantaran atau belanja tinggi perkahwinan anak-anak gadis mereka sehingga membebankan pihak lelaki, kata Mohd Asri.

“Hantaran perkahwinan adalah adat sedangkan Islam hanya menuntut mas kahwin,” katanya dan menambah ibu bapa seharusnya mengutamakan kesejahteraan jangka panjang anak-anak mereka dengan berusaha mencegah kemungkaran.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lnaqIE

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.