KAJIAN: Kerepek Kentang Bantutkan Nafsu & Hubungan Intim
Tidak ramai yang tahu bahawa makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan seksual. Sebagai contoh coklat gelap, badam, tiram, strawberi, asparagus dan madu berupaya meningkatkan ghairah seksual.
Sama ada kepada lelaki atau wanita, makanan afrodisiak boleh mempengaruhi keseimbangan hormon yang membantu kelancaran dalam hubungan intim.
Advertisement
Tapi, berhati-hati dengan beberapa jenis makanan dan minum yang sebenarnya boleh membantutkan keghairahan seksual individu.
So, sebelum melakukan hubungan intim, elakkan beberapa jenis makanan ini kalau mahu kelihatan hebat diranjang!
1. Minuman berkarbonat
Minuman bergas boleh mempengaruhi mood anda. Minuman ini juga antara punca masalah kesihatan seperti kencing manis, obesiti dan lain-lain. Jika anda mula mengalami masalah berkaitan isu-isu kesihatan, ia adalah petanda awal yang memberi kesan pada tahap keghairahan anda.
2. Soya
Tahukah anda kacang soya mengandungi fitoestrogen yang bersaing dengan hormon seks lelaki? Ia menyebabkan masalah kesuburan, pertumbuhan payudara lelaki dan keguguran bulu.
3. Gula-gula getah
Gula-gula getah menghasilkan mentol (sejenis sebatian berhablur yang larut dalam alkohol, berangin dan digunakan dalam membuat ubat-ubatan dan sebagai bahan perisa) yang berupaya menurunkan nafsu seks.
4. Keju
Pengambilan produk tenusu berlebihan akan menyebabkan peningkatan toksin dalam badan. Toksin yang terkumpul di dalam badan boleh menyebabkan kegagalan fungsi seksual bagi kes-kes yang kritikal.
5. Kerepek kentang goreng
Kentang goreng dan makanan ringan menggunakan minyak yang dipanaskan pada suhu yang amat tinggi. Pemanasan minyak pada suhu tinggi menyebabkan minyak menjadi bertoksik dan mengganggu nafsu seksual anda.
Kredit: Intrend
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFIzFB✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment