Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lesley Mara Suku Akhir Terbuka Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lesley Mara Suku Akhir Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain dari Belanda, Lesley Kerkhove meneruskan cabaran pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017 untuk melangkah ke suku akhir di TPC Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pemain yang diletakkan sebagai ‘underdog’ menewaskan pemain nombor 155 dunia Sabina Sharipova (Uzbekistan) 6-4, 6-4 pada aksi pusingan kedua semalam layak buat kali pertama ke suku akhir.

Ini adalah kemenangan kedua dalam undian utama jelajah WTA bagi pemain berusia 25 tahun itu selepas menyingkirkan pilihan ketujuh iaitu pemain Belgium, Elise Mertens untuk kemenangan sulung pada Isnin.

Seterusnya pemain nombor 195 dunia itu akan berdepan pemain nombor 106 dunia, Nao Hibino (Jepun) dalam saingan suku akhir pada Jumaat.

Pemain Jepun itu mendapat walkover ke final selepas juara bertahan dan pilihan utama iaitu pemain Ukraine, Elina Svitolina menarik diri daripada kejohanan kerana kecederaan.

“Saya benar-benar gembira untuk melangkah ke suku akhir buat kali pertama dan saya fikir saya beraksi dengan baik hari ini. Sabina dan saya mempamerkan gaya yang sama tetapi saya menampilkan yang terbaik.

“Sabina bermain dengan amat baik dan mendahului 4-1 tetapi saya berjaya mengekalkan rentak dalam permainan berikut dan kemudian bangkit. Selepas itu, Sejak itu, saya beraksi dengan agresif,” kata Lesley kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Pemain China, Zhang Kai Lin juga mara ke suku akhir buat kali pertama dalam masa lebih enam bulan dalam Jelajah WTA selepas mengenepikan penmain Jepun, Risa Ozaki 6-2, 6-4 dalam masa satu jam 23 minit.

Pemain berusia 27 tahun itu akan menghadapi sama ada pemain Australia Ashleigh Barty atau pemain Jepun Miyu Kato pada Jumaat untuk laluan ke separuh akhir.

“Ini bukan prestasi terbaik saya tetapi saya beraksi dengan cukup baik untuk memenangi perlawanan. Saya menggunakan pukulan depan untuk memberi tekanan kepada Ozaki.

Sementara itu, dalam acara beregu, pasangan Australia Ashleigh Barty/Casey Dellacqua membuat kejutan dengan mengatasi pilihan ketiga Maria Irigoyen (Argentina) dan Paula Kania (Poland) 6-4, 6-1 untuk bertembung dengan Hibino dan pemain Thailand Varatchaya Wongteanchai pada suku akhir.

Pilihan keempat iaitu pemain Amerika Syarikat, Nicole Melichar dan pemain Jepun, Makoto Ninomiya juga melepasi halangan pusingan pertama menewaskan pasangan dari Serbia, Aleksandra Krunic dan Nina Stojanovic 6-1, 6-4.

Bagaimanapun, hujan lebat menyebabkan perlawanan antara pilihan kelima Duan Ying Ying (China) menentang pemain Sepanyol Sara Sorribes Tormo dalam acara perseorangan dan Miyu Kato (JPN)/Zhang Kai Lin (CHN) menentang Oksana Kalashnikova (GEO)/Galina Voskboeva (KAZ) dalam acara beregu ditunda hingga esok. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFpmDV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.