Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib Mahu KTMB Selesaikan Masalah Perkhidmatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib Mahu KTMB Selesaikan Masalah Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencari jalan penyelesaian segera berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatan syarikat berkenaan.

Dalam catatan terbaru di laman Facebook rasmi beliau, perdana menteri berkata, antara komen dan maklum balas pengguna adalah mengenai Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian.

“Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTM Berhad, salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online (dalam talian) yang sering kali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses.

“Ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini,” kata perdana menteri.

Selain meminta KTMB mencari penyelesaian segera, Najib turut meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mMNPq4

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.