Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Xperia XA1 Dan XA1 Ultra Hadir Dengan Cip Helio P20, Kamera 20MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Xperia XA1 Dan XA1 Ultra Hadir Dengan Cip Helio P20, Kamera 20MP

Sony Xperia XA1 Dan XA1 Ultra Malaysia

Selain model perdana Sony Xperia XZ Premium dan Xperia XZs, Sony juga memperkenalkan smartphone pertengahan iaitu Sony Xperia XA1 dan XA1 Ultra. Jika dibandingkan dengan Xperia XA generasi pertama, kedua-dua model baru ini membawa penambahbaikan terutamanya pada kamera, processor, memori dan juga RAM.

Spesifikasi Sony Xperia XA1 Dan XA1 Ultra, Cip Mediatek Helio P20, Lensa 23MP

Kedua-dua peranti ini membawakan sistem kamera dan menggunkan CPU yang sama. Ia hadir dengan CPU Octa-Core dari Cip Mediatek MT6757 Helio P20. Di bahagian dalamnya terdapat memori 32 GB / 3GB RAM untuk model XA1 dan pilihan memori 32/64 GB bersama 4 GB RAM untuk model XA1 Ultra. Kedua-duanya turut menyokong slot tambahan microSD.

Perbezaan ketara peranti-peranti ini sudah tentunya pada saiz paparanya dimana model XA1 hadir dengan skrin 5.0 inci HD720P manakala versi Ultra bersaiz 6.0 inci HD1080P. Tidak seperti peranti premium yang dilancarkan Sony, tiada ciri-ciri kalis air dan debu untuk model pertenghan ini.

Sony Xperia XA1 Malaysia Sony Xperia XA1 Ultra Malaysia
Gambar Sony Xperia XA1 (Kiri) dan Sony Xperia XA1 Ultra (Kanan)

Untuk kamera,  kedua-duanya menggunakan lensa 23 Megapixel, F2.0, Hybrid Autofokus serta sensor bersaiz 1/2.3 inci. Tambahan untuk model Xperia XA1 Ultra yang memiliki fungsi rakaman video 4K, 16 Megapixel kamera selfie lengkap dengan teknologi OIS. Manakala untuk Xperia XA1 pula menyokong rakaman video 1080P dan 8 Megapixel kamera selfie tanpa OIS.

Antara spesifikasi lengkap utuk Sony Xperia XA1 dan XA1 Ultra seperti dibawah :-

Sony Xperia XA1 Ultra Sony Xperia XA1
Platform Android 7.0 (Nougat) Android 7.0 (Nougat)
Pemproses Mediatek MT6757 Helio P20 Mediatek MT6757 Helio P20
CPU / GPU Octa-Core / Mali-T880MP2 Octa-Core / Mali-T880MP2
Paparan Skrin IPS LCD 6.0 Inci, FHD 1080P Skrin IPS LCD 5.0 Inci, HD 720P
Memori
  • 32GB / 4GB RAM
  • 64GB / 4GB RAM
  • microSD (Max 256 GB)
  • 32GB / 3GB RAM
  • microSD (Max 256 GB)
Kamera
  • 23MP, F2.0, Hybrid AF (Utama)
  • 16MP, F2.0, OIS (Selfie)
  • Rakaman 4K, HDR, Panorama
  • 23MP, F2.0, Hybrid AF (Utama)
  • 8MP, F2.0 (Selfie)
  • Rakaman 1080P, HDR, Panorama
Rangkaian HSPA, LTE  HSPA, LTE
Bateri
  • Li-Ion 2700 mAh
  • Pengecasan Pantas (Pump Express+ 2.0)
  • Li-Ion 2300 mAh
  • Pengecasan Pantas (Pump Express+ 2.0)
Ciri-Ciri
  • Warna White, Black, Gold, Pink
  • Bluetooth, WiFi, NFC, USB Type-C
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Warna White, Black, Gold, Pink
  • Bluetooth, WiFi, NFC, USB Type-C
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
Harga Belum Diumumkan, Semak Harga USD299.99 (Sekitar RM1299), Semak Harga
Tarikh Jualan Belum Diumumkan 26 April 2017 (Pasaran USA)

Harga Sony Xperia XA1 Dan XA1 Ultra Di Malaysia

Sony turut mengumumkan harga rasmi untuk pasaran USA iaitu USD299.99 untuk model Xperia XA1. Ia akan mula dipasaran pada 26 April ini. Untuk model XA1 Ultra pula masih lagi belum diumumkan.

Di Malaysia, siri Xperia XA generasi pertama dijual pada harga RM1199 untuk model Xperia XA dan RM1699 untuk model Xperia XA Ultra.

Untuk model baru ini berkemungkinan ada peningkatan harga untuk kedua-dua model XA1 dan XA1 Ultra. Jangkaan kami, Harga Sony Xperia XA1 Ultra di Malaysia akan dijual sekitar RM1799 manakala model XA1 sekitar RM1299.

The post Sony Xperia XA1 Dan XA1 Ultra Hadir Dengan Cip Helio P20, Kamera 20MP appeared first on Mesra Mobile.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mB98M8



✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.