Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hans Cakap Burung Kakak Tua Lagi Cantik Dari Saya, Kata Gabriella - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hans Cakap Burung Kakak Tua Lagi Cantik Dari Saya, Kata Gabriella

KUALA LUMPUR:  “Hans pernah buat saya menangis,” kata tunang kepada pelakon dan penerbit popular tanah air Hans Isaac, Aileen Gabriella Robinson, 

Menceritakan lebih lanjut, Gabriella berkata ianya kisah itu berlaku kira-kira enam tahun lalu.

“Hans memang seorang yang tegas ketika kali pertama kami bertemu. Dia juga selalu memberi komen yang ‘pedas’.

“Dia pernah berkata, gambar burung kakak tua lebih cantik dan menyerlah berbanding saya,” imbas Gabriella mengenai kenangannya ketika menyertai pertandingan ratu cantik Miss Tourism International pada 2011 di mana Hans menjadi juri dalam program tersebut.

Walaupun telah mengenali satu sama lain sejak enam tahun lalu, Gabriella berkata mereka mula menjalinkan hubungan sebagai kekasih pada pertengahan 2016.

Gabriel Robinson merupakan Miss Tourism International 2011. Dia kini aktif sebagai pengacara majlis.

Gadis kacukan Malaysia-Australia itu akan melangsungkan perkahwinannya bersama Hans pada 29 Julai depan, selepas mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.

Perkara itu diumumkan Hans sendiri dalam satu sidang media di Hotel Majestic di sini pada petang tadi.

BACA: Ratu cantik pilihan Hans Isaac untuk tamatkan zaman bujang

I love her to death. (Saya cintakannya sehingga akhir hayat). Gabriella membuatkan saya gembira dan saya yakin dialah orangnya.

“Dialah yang akan berada di sisi saya ketika susah dan senang,” kata Hans.

Dia turut menceritakan bagaimana rancangannya untuk melamar Gabriella pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd, Singapura, lokasi yang menjadi tempat ibu bapanya melangsungkan perkahwinan.

“Saya terpaksa mereka-reka cerita untuk membawanya ke lokasi tersebut. Saya katakan kita terpaksa ke Singapura bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya. Dia pun kata okay,” katanya sambil disambut ketawa Gabriella.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBc635

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.