Wark Bakal Jadi Pemain Naturalisasi Terbaru Skuad Negara
Pemain tengah Felda United, Stuart Wark, bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru memperkuatkan skuad kebangsaan untuk perlawanan menentang Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019, 28 Mac depan.
Penolong jurulatih kebangsaan, Hassan Sazali Waras, mengesahkan Wark adalah antara 36 pemain dalam senarai yang dicadangkan kepada pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee.
Hassan sudah memantau kemampuan pemain kacukan Scotland dan Malaysia itu, yang sebelum ini pernah mengerah kudrat bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II).
“Daripada segi bertahan, saya nampak dia ada kerjasama di antara barisan tengah dan pertahanan,” katanya. “Saya juga nampak dia boleh menjadi pengganti kepada Brendan Gan, yang kami ada.”
Selain pernah beraksi bersama JDT II, Wark juga memiliki pengalaman bermain dalam liga Scotland, Australia serta Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, Hassan mengesahkan aspek fizikal dan kepantasan menjadi kriteria utama pemilihan pemain untuk berdepan Korea Utara.
Hassan sudah pun meninjau kekuatan lawan ketika Korea Utara berdepan Iraq dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur, November lalu.
Senarai pemain skuad kebangsaan akan dikeluarkan minggu ini selepas Kim Swee menyenaraipendekkan senarai pemain yang dicadangkan Hassan.
“Dalam kriteria pemain, kami mencari pemain yang mempunyai kepantasan supaya mereka dapat mengimbangi apa yang pasukan Korea Utara ada.
“Setakat ini, saya sudah mengenal pasti pemain-pemain yang bakal disenaraikan,” tambahnya
Comments
comments
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBjL1f✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment