Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aiman, Sufian tak melatah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aiman, Sufian tak melatah

Dalam masa tidak sampai setahun, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi sudah berdepan pelbagai kontroversi membabitkan kisah peribadi dan kerjaya masing-masing berikutan populariti yang diraih.

Berada di bawah syarikat rakaman yang sama, Aiman dan Sufian akur apabila perlu melalui semua ini.

Bagi mereka, ia adalah sebahagian asam garam bergelar anak seni.

Tidak pernah putus asa jauh sekali untuk berhenti, sebaliknya perjuangan yang sudah bermula mesti diteruskan.

Sufian yang popular dengan lagu berjudul Terakhir dan Aiman dengan Ku Rela Dibenci tidak sedikit pun melatah sebaliknya tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan.

“Saya terima apa saja kontroversi yang melanda walaupun kisah percintaan yang tidak ada menjadi perbahasan orang ramai. Paling penting ibu bapa saya tahu perkara sebenar.

“Tidak saya nafikan kontroversi itu paling hebat pernah saya lalui. Saya bersyukur kerana keluarga sangat menyokong penuh minat dalam bidang seni dan tiada istilah untuk berhenti,” kata Sufian.

Bagi Aiman pula, walaupun masih muda, populariti yang diraih bukan alasan dia mendabik dada sebaliknya masih terus belajar untuk memperbaiki mutu vokal dan persembahan.

“Pengalaman menyanyi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sangat berharga buat saya. Walaupun ada yang mempertikaikan kemampuan vokal, tetapi saya tidak mengalah.

“Keluarga menyokong apa yang saya lakukan, malah mereka sudah melihat laluan untuk saya terbuka luas dan mereka mahu saya menggunakan dengan sebaik-baiknya.

“Insya-Allah jika semuanya selesai saya akan menyambung pelajaran kerana mahu kedua-dua bidang seiring dengan kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya perasaan mereka apabila bakal berganding dengan Ella pada Minggu Setiausaha yang akan berlangsung di Saloma Bistro hujung bulan ini, masing-masing akui teruja tapi gementar.

“Pada awal kami berdua tidak tahu pembabitan Kak Ella. Kami sangka hanya berdua. Apabila dimaklumkan akan bergandingan dengan Ella pastinya kami sangat teruja dan gementar.

“Siapa tidak mahu bergandingan dengan ratu rock yang cukup popular sedangkan kami masih baru lagi. Ini adalah satu penghormatan buat kami berdua,” kata Sufian.

The post Aiman, Sufian tak melatah appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p4gfgs

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.