Rentetan Terjejas Teruk Akibat Serangan Gas Sarin, Rakyat Syria Perlukan Anda, Dalam Misi Menghantar Sebuah Ambulans Ke Syria
Kekejaman ke atas penduduk Syria tidak pernah henti, yang mana baru-baru ini, iaitu pada awal Selasa lalu, sebuah bandar di Syria, iaitu Khan Sheikhoun, telah terkena serangan kimia, yang mana mengorbankan insan tidak berdosa.
BACA: (VIDEO) “Selamat Tinggal Anak-Anakku,” Ucapan Terakhir Seorang Ayah Kepada Anak Kembarnya Yang Maut Terkena Serangan Kimia
Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Taufiq Razif yang turut menjelaskan akan bahayanya gas jenis Sarin, menyeru orang ramai untuk menyokong tindakan hebat ‘pejuang’ ini iaitu saudara Musa Nuwayri, dalam membeli sebuah ambulans untuk dibawa ke Syria.
Korang tahu tak kesakitan yang kanak-kanak tu terpaksa alami?
Gas jenis Sarin ni bukan senjata biasa. Sarin ni dikategorikan sebagai Senjata Pemusnah Massa (Weapon Of Mass Destruction).
Gas jenis Sarin ni memang takde bau dan rasa tapi efeknya sangat dasyat! Kanak-kanak yang terkena gas ni akan merasakan dadanya mulai mengetat, pandangan akan mulai kabur, hidung akan mulai berair dan berhingus.
Selepas tu hanya dalam 1 hingga 10 minit je kanak-kanak tu akan terhenti nafasnya dan pergi buat selama-lamanya. Itu la kedasyatan serangan Russia pada kanak-kanak kecil yang mungkin sebaya dengan anak-anak kita semua.
Mujur lah Tuhan datangkan pada kita seorang Hero Malaya yang bernama Musa Nuwayri, Pengasas dan Penulis buku Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Beliau buat satu keputusan ‘berani gila’ untuk buat Konvoi Ambulans Ke Syria pada akhir bulan April ni padahal ambulans ni la sasaran utama jet regim kejam di Syria sana.
Apa pun saya doakan semoga Hero Malaya ni diselamatkan oleh Tuhan di sana. Tak ramai anak muda yang berani macam Musa Nuwayri ni. Cuma sekarang ni Musa Nuwayri perlukan pertolongan kita sikit. Beliau tak mintak kita ikut dia pun tapi cukup la sumbang sedikit rezeki yang Allah bagi tu untuk dia beli ambulan untuk misi beliau kali ni.
Masa Jumaat 31 Mac 2017, sumbangan yang terkumpul baru mencecah RM 40,038.5.
Musa Nuwayri masih memerlukan dalam RM 60, 000 lagi untuk mencukupkan target RM 100, 000 untuk membeli sebuah ambulan untuk dibawa ke Syria.
Jadi tolong, demi rasa kemanusiaan dan kasih sayang kita semua, tolong sebarkan mesej ni pada seluruh penduduk Malaysia. Tarikh akhir kutipan cuma ada beberapa hari je lagi ni. Tolong sebarkan ye.
Sumbangan rasmi ke :
Persatuan Cinta Syria Malaysia
Maybank : 562834640983
Tarikh Akhir Kutipan : 15 April 2017
** Semoga yang SHARE pun akan dikira sebagai sumbangan kita disisi Allah. Tolong share semua. Musa Nuwayri dan Syria perlukan pertolongan kita semua.
** Saya Dr Taufiq Razif sendiri jamin 100% maklumat dan no akaun di atas adalah benar belaka. Jangan takut untuk menyumbang ye.
Marilah kita turut sama membantu usaha ini dalam mempertahankan saudara Islam di Syria, moga-moga dengan tindakan kita ini, sedikit sebanyak memberi harapan kepada penduduk di sana.
– Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment